Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

ujian akhir sesi akademik

Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat.

Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta murid sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja.

Previous Post Next Post

Contact Form