Honor X9a 5G Dilancar Pada Harga RM1499

honor X9a


Honor X9a 5G telah dilancar secara rasminya sebentar tadi dengan harga RM1499. Honor X9a dilengkapi dengan memori 8GB RAM, RAM maya 5GB dan storan 256GB.

a pada X9a merujuk kepada Advanced dimana Honor X9a menggunakan skrin Super Reinforced setebal 0.65mm bagi mengelak daripada mudah meretak. 

Peminat Honor sudah pasti menunggu saat telefon ini dilancarkan kerana sudah tidak sabar untuk mencuba skrin melengkung berciri premium. Bagi pengguna yang lasak, telefon Honor X9a ini sangat sesuai kerana dilengkapi screen yang tidak mudah pecah.

honor X9a


Turut dilancarkan juga Honor Choice Earbuds X3 dan Honor X7a semasa majlsi pelancaran Honor X9a sebentar tadi. Honor Choice Earbuds X3 boleh didapati dengan harga RM249 manakala Honor X7a boleh didapati dengan harga RM799 dengan memori dan storage yang besar iaitu 6GB + 128GB.

Previous Post Next Post

Contact Form