Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

ujian psikometrik spa

Ujian Psikometrik bagi Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) TIDAK mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi kebanyakan calon.

Ujian Psikometrik ini sebenarnya ujian yang paling mudah untuk dijawab. Kita hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Nampak mudah kan? TAPI.....ramai yang terperangkap dengan masa dan atitud suka hentam sebab tak cukup masa.

Ramai calon gagal dalam ujian ini walaupun ianya nampak mudah. Kegagalan calon dalam Ujian Psikometrik ini, akan menyebabkan anda gagal menjawat jawatan yang didamkan. 

Sebenarnya ujian Psikometrik ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Contoh Soalan Psikometrik

Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

  • Ya
  • Tidak

Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan

  • Ya
  • Tidak

Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta merta memaklumkan kepada ketua saya

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya cuba untuk menghabiskan kerja-kerja rutin pejabat dalam waktu kerja tambahan (overtime)

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Apabila saya perlu bertanggungjawab, saya akan meminta maaf

  • Ya
  • Tidak

Apa yang orang lain minta atau mahu, saya ikuti

  • Ya
  • Tidak

Tanpa meminta pendapat orang lain saya selalu membuat keputusan sendiri

  • Ya
  • Tidak

Apabila ingin membeli-belah, saya suka menyenaraikan barangan yang menjadi keperluan sahaja bagi mengelakkan pembaziran

  • Ya
  • Tidak

Rujukan dan Soalan Ujian Psikometrik

Untuk makluman calon yang bakal menduduki ujian Psikometrik kemasukkan ke sektor kerajaan, anda boleh dapatkan rujukan ujian psikometrik beserta jawapan lengkap dan terkini.

200 contoh soalan Psikometrik SPA 2023 yang disediakan dalam rujukan ini sedikit sebanyak akan membantu calon-calon yang akan menduduki ujian Psikometrik pada tahun ini. Tunggu apa lagi?

Dapatkan rujukan ini untuk bantu persediaan exam anda! Rujukan Ujian Psikometrik  Download

Previous Post Next Post

Contact Form