Sediakan Beg Kecemasan Ketika Bencana

beg kecemasan

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mencadangkan rakyat supaya menyediakan beg kecemasan ketika bencana.

Beg kecemasan ketika bencana ini perlu disediakan sebagai persediaan hadapi sebarang kemungkinan. Beg ini juga digalakkan ada bagi setiap rumah di kawasan berisiko bencana terutamanya yang berada di kawasan risiko banjir dan sebagainya.

10 barang yang dicadangkan dalam beg kecemasan

Cadangan barang yang perlu disediakan di dalam beg kecemasan bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya ialah

  1. Pakaian, kasut dan selimut
  2. Wisel
  3. Wang
  4. Lampu suluh dan bateri
  5. Makanan tahan lama
  6. Radio mini mudah alih berbateri
  7. Kit kecemasan, ubat-ubatan dan kebersihan diri
  8. Telefon dan power bank 
  9. Air bersih
  10. Dokumen penting seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua bagi kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana.

Infografik: Kementerian Pertahanan Malaysia
Rujukan: NADMA

Previous Post Next Post

Contact Form