Hutang Baik vs Hutang Jahat - Ini 4 Jenis Hutang SEBENAR Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Sebarang Hutang!

 FAKTA PENTING: 70% daripada para belia yang muflis akibat hutang pada hari ini tidak tahu membezakan mana satu hutang terbaik untuk mereka dan mana satu hutang yang bakal memudaratkan mereka.. Ketahuinya sebelum terlambat!

Ada orang kata kemudahan hutang yang diberikan oleh pihak bank ini sangat memudahkan kehidupan anda pada hari ini..

Ini kerana dengan kemudahan hutang ini, anda mampu memiliki rumah dan kereta dengan hanya membayar deposit 10% daripada harga penuh rumah serta kereta tersebut.. Baki selebihnya dibayar setiap bulan beberapa tahun sehinggalah hutang tersebut dibayar sepenuhnya.. 

Nak lebih bagus, hutang tersebut ditolak secara automatik sahaja daripada gaji bulanan anda.. Maknanya anda tak perlu pening untuk fikir cara membayarnya setiap bulan.. Hutang begini nampak bagus kerana anda membeli aset yang mempunyai nilai yang tinggi pada masa depan seperti rumah selagi anda mampu untuk membayarnya..

Ada orang kata juga, kemudahan kad kredit yang diberikan oleh pihak bank ini juga sangat membantu menyenangkan hidup anda..

Ya, kad kredit menawarkan pelbagai ganjaran dalam bentuk rebat tunai atau mata ganjaran bila kita menggunakannya untuk membeli barangan.. Semakin tinggi perbelanjaan kad kredit, semakin banyak rebat yang kita dapat.. Ia mampu membantu kita membeli barangan lain dengan ganjaran tersebut secara percuma..

Lebih bagus lagi, dengan kad kredit ini anda boleh membeli dan mendapatkan apa sahaja barangan yang anda mahukan tanpa perlu keluarkan sebarang cash.. Anda hanya perlu beri kad kepada cashier dan masukkan pin code kad anda, semua barangan yang anda mahukan menjadi milik anda - selaras dengan konsep guna dulu, bayar kemudian..

Namun hutang kad kredit ini boleh menyebabkan anda pening kepala kerana kadar faedahnya sangat tinggi terutamanya jika anda mengambil cash advance dengan menggunakan kad ini.. Dan ketagihan berhutang dengan kad kredit ini bakal membuatkan poket anda menjadi lebih kering bila tiba masa untuk membayarnya setiap bulan..

"Jadi hutang bank ini baik atau tidak untuk anda?"

Sebenarnya baik atau tidak sesuatu pinjaman itu bergantung kepada tujuan, cara perbelanjaan dan kemampuan seseorang individu.. Jika hutang tersebut dibuat hanya untuk mendapatkan barangan yang tidak mempunyai nilai atau sekadar memenuhi kepuasan peribadi sendiri, hutang ini pastinya sangat tidak baik untuk anda.. 

Tapi jika hutang ini membolehkan anda mendapatkan aset penting yang mempunyai nilai yang semakin bertambah seperti aset hartanah, hutang sebegini sangatlah baik untuk anda.. Tapi pastikan anda tahu berapa jumlah gaji anda dan kemampuan kewangan anda untuk membayar komitmen hutang jangka panjang ini jika anda benar-benar mahukannya..

Selain "Hutang Baik" & "Hutang Jahat", ada lagi 2 jenis hutang yang membelenggu hidup anda pada hari ini iaitu "Hutang Kurang Baik" & "Hutang Bodoh".. Berikut penerangan lebih detail berkenaan dengan 4 jenis hutang yang perlu anda tahu sebelum membuat sebarang pinjaman..


#1 - HUTANG BAIK

- Merupakan hutang yang dibuat untuk menambahkan lagi aset yang anda ada seperti hutang beli rumah atau hartanah, hutang membeli emas dan sebagainya.. Ini kerana nilainya semakin meningkat dari sehari ke sehari dan akan menguntungkan anda pada masa depan..

#2 - HUTANG KURANG BAIK

- Merupakan hutang-hutang yang dibuat untuk membeli sesuatu yang nilainya semakin menyusut tahun demi tahun seperti membeli kenderaan seperti kereta dan motorsikal.. Ini kerana anda membelinya pada harga mahal tetapi hanya mampu menjualnya dengan harga lebih rendah dan ianya tidak berbaloi.. 

#3 - HUTANG JAHAT

- Merupakan hutang-hutang yang dibuat untuk menjahanamkan harta-harta anda seperti berhutang bagi membayar pelaburan skim cepat kaya.. Walaupun pada awalnya ia dilihat memberikan keuntungan kepada anda, tapi skim-skim ini pasti akan bungkus dan membuatkan anda hilang segala wang pelaburan anda dalam beberapa bulan sahaja..

#4 - HUTANG BODOH

- Merupakan hutang-hutang yang sengaja dibuat untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan dengan alasan boleh membayarnya secara ansuran sedangkan apa yang dimahukan itu boleh dibeli secara tunai.. Ini termasuklah hutang kad kredit untuk membeli handphone baru, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya.. Nilai barangan ini semakin susut walaupun anda belum habis membayar hutang anda..

Jika boleh, kawal diri anda daripada membuat hutang-hutang terutamanya hutang kad kredit bagi membeli perkara-perkara 'bodoh' seperti handphone dan sebagainya kerana ia mampu membebankan kewangan anda setiap bulan.. Disiplin diri dalam berbelanja sangatlah penting agar kewangan anda terkawal..

"Habis macamana jika sudah terbuat hutang?"

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan selain daripada berusaha untuk membayar kembali hutang-hutang yang sudah anda buat terutamanya hutang kad kredit yang mempunyai kadar interest yang agak tinggi.. Pastikan anda mula mengawal kembali setiap perbelanjaan anda agar anda mampu membayar kesemua hutang tanpa perlu menyusahkan orang lain..

Jika anda betul-betul serius untuk mengawal kembali kewangan anda dan keluar daripada situasi berhutang ini, saya cadangkan anda membaca perkongsian daripada seorang pakar motivasi dan penulis buku terkenal, Dr HM Tuah Iskandar dalam ebooknya yang bertajuk "JOM BEBAS HUTANG"

Dalam ebook ini, beliau berkongsi cara terbaik yang beliau sendiri gunakan untuk membayar kembali kesemua hutang-hutang bank dan menjadi bebas hutang dengan lebih berkesan.. Strategi yang beliau gunakan ini telah terbukti mampu membantu para pembacanya kembali mengawal dan membayar hutang dengan lebih mudah..

Antara ilmu bebas hutang yang dikongsikan dalam ebook ini ialah:

  • 4 Jenis hutang SEBENAR yang perlu anda ketahui dan sebahagian besar daripadanya perlu dielakkan..
  • 3 Perkara WAJIB yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang agar tidak terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya..
  • 3 Kategori hutang dalam kehidupan anda dan cara TERBAIK untuk menyelesaikannya.. 
  • 10 Prinsip & Perkara PENTING yang perlu anda lakukan untuk langsaikan semua hutang anda dengan lebih mudah..
  • 3 Langkah BERKESAN yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas..
  • 3 Langkah EFEKTIF yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan serta gagal untuk membayar hutang-hutang anda..
  • 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda ELAKKAN agar hidup anda mampu menjadi bebas dari sebarang masalah hutang..
  • Amalan harian serta doa MUSTAJAB yang mampu membantu anda melepaskan diri dari masalah hutang serta memulihkan stress yang anda hadapi akibat hutang..

Dengan ilmu yang dipelajari daripada ebook ini, anda pasti mampu mengawal kembali kewangan anda dan mampu untuk membayar hutang-hutang anda satu per satu dengan menggunakan strategi yang lebih berkesan.. Ini memudahkan anda untuk menjadi bebas kewangan!

Jika selama ini anda pening kepala tercari jalan bagaimana strategi terbaik untuk keluar daripada hutang-hutang yang membelenggu hidup anda, kini semuanya dibongkarkan dalam ebook "JOM BEBAS HUTANG" ini untuk membantu anda memulihkan kembali kewangan anda serta mengawal hutang-hutang dengan lebih baik.. Inilah penyelesaian terbaik untuk anda!

Jom pelajari cara TERBAIK untuk keluar dari penjara hutang dengan lebih BERKESAN di:

<<Jom Bebas Hutang>>


hutang


Post a Comment

Previous Post Next Post

POST ADS 2