Formula Menulis Copywriting Power Untuk Bisnes

 

copywriting

Para peniaga terutamanya yang buat bisnes online selalu hadapi cabaran nak tarik prospek berminat nak membeli produk.  

Dah buat marketing gila-gila, dah design poster atau gambar kempen lawa-lawa, dah labur iklan berbayar ratus atau ribu riban, tapi masih tiada siapa yang berminat. Iklan masih krikk-krikk.  

Kadang pening fikir… mana punca. . .

Ramai masih tak perasan, perkara utama kena kaji dan baiki dulu adalah COPYWRITING. . .

Ya, sebab copywriting adalah satu-satunya alat yang jadi ‘orang tengah’ tukang sampaikan mesej kita kepada para prospek.

Walaupun kita menggunakan imej atau video, tak kira ada tulisan atau tak, juga terdapat copywriting dalam tu. Walaupun semasa kita nak closing pun kita akan gunakan copywriting. . .

Copywriting ni sebenarnya bukan guna untuk buat iklan atau marketing di personal FB ataupun iklan berbayar seperti Fbads sahaja, tapi juga boleh guna di mana-mana platform selain seperti shopee, instagram, tiktok, di e-commerce, di flyers, banner, masa kita nak close sales, dan banyak lagi.  

Copywriting dan bisnes memang tak boleh dipisahkan. Saling memerlukan

Mau tak penting. Copywriting ni lah yang jadi ‘Orang Tengah’ antara kita dengan sales.

Kalau kita tak belajar teknik atau seni memujuk dalam ayat copywriting, macam mana kita nak tarik bakal pelanggan untuk pm/wassap/mesej kita.

Kalau nak tarik orang pun tak boleh, macam mana kita nak pujuk bakal pelanggan kita untuk membeli dengan kita.

Kita nak close sales pelanggan pun kena guna skill copywriting. Sebab ada aktiviti memujuk bakal pelanggan untuk dia beli dengan kita, bukan dengan pesaing kita.

Kita nak design flyers atau banner, pun perlukan skill copywriting. Sebab kita nak orang pandang flyers atau banner kita terus rasa nak cuba beli.

Nak menyanyi atas pentas pun kita kena pujuk hati juri dan penonton supaya puas hati dengan persembahan kita. Kena tampil menarik, unik, dalam masa sama menghiburkan.

Kegunaan copywriting ni tersangatlah luas dalam kehidupan harian kita, terutamanya dari sudut bisnes, sales, dan marketing.

Copywriting dengan bisnes ni bagai isi dengan kuku, ataupun aur dengan tebing, atau irama dan lagu. Memang tak dapat dipisahkan.


Nak belajar copywriting? Boleh dapatkan ebook 5 Jenis Formula Copywriting di link bawah ni.

<<Formula Menulis Copywriting Power >>



Post a Comment

Previous Post Next Post

POST ADS 2